Tuesday, 19 August 2014

Soup Gearbox....^_^"

Assalamualaikum warga pengunjung...moge kalian sihat dan ceria-ceria sentiasa hendaknya^_^"


Alhamdulillah minggu ini den nak kongsi salah satu resepi favorite special den iaitu Gearbox Sup, bukan gear box kereta okay hehehe.... Kalo da kena sekali pasti dijamin nak lagi punyer.... cuma pembuatannya sahaja perlukan kesabaran al maklom la nak rase yang sedap jadi pembuatannya juga perlu sabar bak kata pepatah nak seribu kejayaan perlulah pengorbanan ceh..ceh hehehe... Selamat Mencuba......




Meh sediakan bahan-bahan dulu~_^" :-
-Tulang gearbox( tulang lembu) -boleh beli mintak kat kedai nak tulang som2
-Bawang Merah(5 ulas)
-Bawang putih (2 buku)
-Halia (sebuku)
-Lada Hitam
-Lada Putih
-Serbuk sup powder(plastik kuning) ikut kesesuaian berapa banyak tulang.
-Rempah Tumis
-Garam
-Perisa Maggie cukup rasa(amy mastura).


Jom pergi buat....Moh ler..^_^"
1) basuh tulang hingga bersih
2) masukkan tulang dalam periuk yang berisi air dan rebus hingga empuk
3)semasa rebus, letak hirisan halia agar hilang bau hanyir/hamis
4)sesudah empuk, buang air rebusan dan toskan tulang.
Apo lagi ekau tunggu, Mari laa masak ^__~"
- tumiskan kesemua bahan2x yang telah dibelenda sehingga naik bau..
- bancuhkan rempah sup powder bersama air hingga sebati didalam bekas dan barulah masukkan kedalam periuk bersama rempah tumis.
- biarkan hingga mendidih dengan api yang perlahan
- masukkan air mengikut jumlah tulang yang ada.
- kemudian, setelah mendidih, masukkan tulang dan barulah masukkan penambah perisa serbuk cukup rasa(amy mastura) 


#jika kuah kurang pekat bancuh tepung jagung sedikit bersama air dan barulah dituang kedalam periuk.
= Kemudian Boleh laa dihidangkan, nyam3...




No comments:

Post a Comment