Friday, 15 August 2014

Nasi Beriani Daging mai..mai..!!!

Sebelum tu terlebih dahulu di ucapkan Assalamualaikum salam pembuka bicara^_^'. 

Alhamdulillah baru-baru ini saya telah mencuba satu resepi dan cuba untuk membuat nasi beriani, seperti mana nasi ini jarang kita makan dan hanya di kenduri-kenduri kahwin sahaja ataupun beli dikedai. Diatas permintaan seseorang yang ingin menikmati nasi beriani hasil air tangan sendiri maka saya mencuba dengan dibantu oleh makcik(bole dikatakan teror laa) dan akhirnya terhasilnya Nasi Beriani Daging.
NASI BERIANI DAGING
==================

Bahan-bahan 

1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan toskan

1/2 kilo daging lembu/kambing yang siap di potong
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu sejat cair
3 biji bawang besar, dihiris halus
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
Perwarna oren
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar* jika ada
Segenggam bawang goreng
1 kiub ayam maggi
Garan secukup rasa
Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)
Cara-cara

Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi.Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). masukkan daging, Biarkan mendidih.
Tuang ke dalam periuk dan masukkan beras yg telah ditoskan tadi. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. bila nasi sudah kering perlahankan api dan tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.Titis perwarna
Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2.
Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak ayam berempah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.
Mai Pekena Nasi Beraini Daging..!!

No comments:

Post a Comment