Sunday, 31 August 2014

Nasi Arab Negori Damsyik~_^'

Haahaaaaaa....Assalamualaikum warga pengunjung sekalian, Alhamdulillah dipanjangkan umur kita bertemu lagi pada minggu ini dalam dapur adiyera hehehe..., so seperti yang sudah ketahui minggu lepas saya sudah pun berkongsi satu resepi nyum2 katogori lauk gitu gearbox right....jadi minggu nie saya nak try satu resepi baru juga bagi saya iaitu nasi arab, because ramai jugak laa yang meminati resepi ini, so boleh laa try oke..


Nasi Arab

-Lobak-potong panjang
-Bawang besar potong padu
-Halia
-Tomato
-Lada hitam
-Kulit kayu manis
-Daun buy
-Limau kering
-Minyak sapi
-Rempah haubatul saudah
-Bunga cengkeh

Cara-cara Tumis 

Masukkan semua bahan-bahan tadi hingga keluar bau..... bila dah keluar bau asingkan sedikit ke tempat lain untuk dicampurkan ke dalam sup kambing.....

Cara-cara Masak Nasi 

Bahan yang ditumis tadi masukkan ke dalam periuk bersama sup kambing dan beras yang telah dibasuh selama 15-20 minit.....

Kuah Arab 

-Lada merah basah
-Tomato lebih dari lada

Cara-cara Buat

-Masak rebus lada sampai lembik buang bijik kada
-Lepas itu blader dengan tomato
-Tomato 3/4
-Lada 1/4


Taraaaaa....haa siap da sonang jo upo ea, cumo maleh jo hehehe boleh laa cuba dulu ye..., Selamat Mencuba^_^"


Tuesday, 19 August 2014

Soup Gearbox....^_^"

Assalamualaikum warga pengunjung...moge kalian sihat dan ceria-ceria sentiasa hendaknya^_^"


Alhamdulillah minggu ini den nak kongsi salah satu resepi favorite special den iaitu Gearbox Sup, bukan gear box kereta okay hehehe.... Kalo da kena sekali pasti dijamin nak lagi punyer.... cuma pembuatannya sahaja perlukan kesabaran al maklom la nak rase yang sedap jadi pembuatannya juga perlu sabar bak kata pepatah nak seribu kejayaan perlulah pengorbanan ceh..ceh hehehe... Selamat Mencuba......




Meh sediakan bahan-bahan dulu~_^" :-
-Tulang gearbox( tulang lembu) -boleh beli mintak kat kedai nak tulang som2
-Bawang Merah(5 ulas)
-Bawang putih (2 buku)
-Halia (sebuku)
-Lada Hitam
-Lada Putih
-Serbuk sup powder(plastik kuning) ikut kesesuaian berapa banyak tulang.
-Rempah Tumis
-Garam
-Perisa Maggie cukup rasa(amy mastura).


Jom pergi buat....Moh ler..^_^"
1) basuh tulang hingga bersih
2) masukkan tulang dalam periuk yang berisi air dan rebus hingga empuk
3)semasa rebus, letak hirisan halia agar hilang bau hanyir/hamis
4)sesudah empuk, buang air rebusan dan toskan tulang.
Apo lagi ekau tunggu, Mari laa masak ^__~"
- tumiskan kesemua bahan2x yang telah dibelenda sehingga naik bau..
- bancuhkan rempah sup powder bersama air hingga sebati didalam bekas dan barulah masukkan kedalam periuk bersama rempah tumis.
- biarkan hingga mendidih dengan api yang perlahan
- masukkan air mengikut jumlah tulang yang ada.
- kemudian, setelah mendidih, masukkan tulang dan barulah masukkan penambah perisa serbuk cukup rasa(amy mastura) 


#jika kuah kurang pekat bancuh tepung jagung sedikit bersama air dan barulah dituang kedalam periuk.
= Kemudian Boleh laa dihidangkan, nyam3...




Ala-ala Breakfast..~_^'

Assalamualaikum sekelian,
Alhamdulillah next week den kongsi nasi dagang mari...inshaAllah hari ini cuma ingin berkongsi ala-ala breakfast al-maklum laa student-student kini jarang-jarang nak bersarapan pagi hari dengan alasan tidak sempat. Haa hari ni den nak berkongsi satu resepi baru roti chesee ala-ala k-pop skit hehehe so mudah & so simple, meh try dlu...


Bahan-bahan:-
Roti & Chesee jer....okay.!


Cara-cara pembikinannya ^_^" =
Mula-mula sediakan sebuku roti kalau nak buat banyak la, dan kemudian penyekan roti tersebut menggunakan alatan bulat seperti kayu penggolek ataupun cawan bulat. Kemudian potong bahagian kerak tepi roti setiap position dan seterusnya letakkan sekeping chesee diatas roti. Kemudian gulung roti tersebut bersama chesee di  dalamnya. Selepas itu, panaskan kuali dengan memastikan minyak kasi taruk(letak) sedikit secukup rasa dan kemudiannya gorengkan diatas kuali selama 2minit. Seterusnya hidangkan dan boleh laa ekau melantak(makan) hehehe.... SELAMAT MENCUBA~_^"
Roti Chesee Delicious..^_^"


Friday, 15 August 2014

Nasi Beriani Daging mai..mai..!!!

Sebelum tu terlebih dahulu di ucapkan Assalamualaikum salam pembuka bicara^_^'. 

Alhamdulillah baru-baru ini saya telah mencuba satu resepi dan cuba untuk membuat nasi beriani, seperti mana nasi ini jarang kita makan dan hanya di kenduri-kenduri kahwin sahaja ataupun beli dikedai. Diatas permintaan seseorang yang ingin menikmati nasi beriani hasil air tangan sendiri maka saya mencuba dengan dibantu oleh makcik(bole dikatakan teror laa) dan akhirnya terhasilnya Nasi Beriani Daging.
NASI BERIANI DAGING
==================

Bahan-bahan 

1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan toskan

1/2 kilo daging lembu/kambing yang siap di potong
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu sejat cair
3 biji bawang besar, dihiris halus
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
Perwarna oren
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar* jika ada
Segenggam bawang goreng
1 kiub ayam maggi
Garan secukup rasa
Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)
Cara-cara

Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi.Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). masukkan daging, Biarkan mendidih.
Tuang ke dalam periuk dan masukkan beras yg telah ditoskan tadi. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. bila nasi sudah kering perlahankan api dan tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.Titis perwarna
Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2.
Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak ayam berempah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.
Mai Pekena Nasi Beraini Daging..!!

Saturday, 2 August 2014

Siakap 3Rase^_^'

Bahan-Bahan:-

1. 1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan kelarkan)
2. Garam dan kunyit
3. Sedikit tepung jagung- utk melumur ikan(xperlu pown xpe)


Bahan untuk sos:-

1. 4 ulas bawang merah (dimayang)
2. 1 labu bawang besar (di mayang)
3. 3 ulas bawang putih (di mayang)
4. 1 cm halia (dihiris halus)
5. 1/2 cawan sos tomato
6. 4 sudu besar sos cili
7. 2 biji cili merah (dipotong nipis)
8. 6 tangkai cili padi merah ( di potong2 kecik,Yatie tambah sbb suka pedas sikit)
9. 1/2 cawan air.
10. 1 biji tomato (belah 6)
11. 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
12. Garam dan gula secukup rasa
13. minyak utk mengoreng ikan dan menumis


Cara- Cara:-

1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. And, sye lumur sedikit tepung jagung keseluruhan ikan. Gorengkan sehingga masak/ garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan

Siakap 3Rase..sodap punyo.


Mr hady

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sekalian pengunjung,

InsahaAllah, Blog ini direka khas untuk berkongsi pelbagai recipe menarik dan melazatkan serta di ilhamkan sendri oleh penulis dan juga turun temurun diwarisi. Semoga laman ini dapat berkongsi resepi yang pelbagai serta menarik pengunjung turut mencuba sesuatu resepi yang baru. Terima Kasih.